comel tak saya?? heee


Khamis, 12 Mei 2016

Greeting

Assalamualaikum! Hai follower sekalian *peace* .Ok, hari ini, saat ini, blog ini kitter akan kongsikan tentang kisah kitter jalan-jalan dekat mana-mana tempat tak kira lah dalam Malaysia, luar Malaysia, tempat belajar mahupun backpacker ke mana-mana apabila cuti semester atau bersama keluarga. Okey? J . By the way, kitter akan bahasa kan diri kitter Erah. Kitter pelajar Dentistry di sebuah Universiti dekat Mesir. Tak nak bagi tau Uni mana sebab nanti korang carik aku payah lak kann.. :P hahhaha

So nanti kan aku update jarang-jarang jer.. Tapi insyaAllah dapat digunakan untuk sesape yang nak g jalan-jalan tempat yang aku pegi tu terutama dekat Mesir lah… Aku ada sikit je lagi tempat peranginan dekat Mesir ni yang belum dijejaki. InsyaAllah lepas ni aku akan keluar jelajah Negara lain pulak. Heheheh

By the way, bagi yang memang dah follow kitter dari zaman SPM, Cinta monyet bergayut, cinta muslimah moden and the blab la bla, maafin saya yaaa! Heee~~ insyaAllah lepas ni no more hard feeling. Aku pun dah tak kesah pasal diri aku nak kawin bila, nak ada pakwe ke tak, lantak lah. Dari zaman sekolah lagi aku buang masa bagi hati dekat orang, buang masa aku. So sekarang semua jadi kawan, senang kan? Tak yah sesusah nak pikir-pikir. Hati tenang, duit tak terbuang :P .

Hmm… agak-agak part dekat mana eh nak start dulu? ^_^ . Korang rase pikiran korang kat Negara mana sekarang? Hehehhehe. Ok tunggu lah until next post. InsyaAllah aku akan bagi tahu secara details termasuk harga tiket-homestay-makan-tempat-tempat menarik.

Haa lagi satu! Hakak ni baru jer nak belajar acah-acah backpacker, hahah. Jadi kalau yang dah memang pro-backpacker, kalau rase nak bagi tips dekat adik-adik baru nak belajar ni, sila-sila lah komen. Haha Dan blog ni hanyalah sekadar sedikit perkongsiaan, berkongsi kegembiraan, salah silap mohon diampunkan okay! Tetiba tersalah fakta ke kaannn :D . Okay setakat ni dulu coretan untuk hari ni. Sekarang tengah exam final lagi. So nanti dah cuti panjang hari-hari aku akan taip. Tadah lah muka korang depan lappy *bajet macam orang baca* hahhaha. Okay bye!